pelajar-pelajar dikehendaki menghasilkan satu blog mengenai berita / artikel berkaitan dengan topik final projek. Didalam blog tersebut pelajar-pelajar dikehendaki memasukkan elemen-elemen seperti gagdet dan 5 post yang berkaitan dengan topik yang dipilih.Pelajar juga dikehendaki menukarkan template mengikut blog yang asal.
hasilkan satu blog baru di letakkan artikel berita berkaitan dengan topik yang dipilih. pelajar dikehendaki mencari 7 artikel yang berkaitan dengan topik masing-masing.
KUALA LUMPUR: Pertandingan memasak Pencarian Chef Selebriti BH kembali untuk musim kedua dengan memperkenalkan kategori individu dan profesional.
Berbanding penganjuran sebelumnya yang hanya mempertandingkan satu kategori, juara kedua-dua kategori kali ini akan dinobatkan sebagai Chef Selebriti selain bakal membolot wang tunai RM10,000 dan trofi.
Pengarang Eksekutif Pengeluaran BH, Badrulhisham Othman berkata, bertepatan dengan jenama yang dibawakan oleh Chef Selebriti, pertandingan itu bukan sekadar mencari individu yang pandai memasak, malah mempunyai personaliti menarik, berupaya menawan hati penonton dengan pengetahuan dalam bidang masakan dan petah berbicara.
"Pertandingan ini juga sebagai landasan untuk peserta menunjukkan bakat dan berkongsi ilmu masakan dengan khalayak mengenai khasiat sesuatu makanan,” katanya selepas Majlis Perasmian Pencarian Chef Selebriti 2 BH-Gas PETRONAS, sebentar tadi.
Katanya, kemampuan bertutur dengan baik juga membantu menyuntik keyakinan tukang masak untuk berbicara dengan lebih baik dan teratur ketika beraksi di depan orang ramai.
Pertandingan anjuran BHarian-Gas PETRONAS itu juga membolehkan juara kategori profesional menjadi penulis jemputan ruangan masakan mingguan di BH Famili selama enam bulan.
Tempat kedua bagi kedua-dua kategori bakal menerima RM2,000 dan trofi; ketiga (RM1,000 dan trofi) manakala keempat hingga ke-10 menerima RM100 dan trofi.
Turut hadir, Pengurus Besar Bahagian Perniagaan Gas PETRONAS Cecair (GPC), Zubair Abd Razak, Pengurus Kanan Bahagian Pembangunan Perniagaan GPC, Khairil Anuar Ramli, Pengarang Eksekutif Berita BH, Norhayati Md Said dan Chef Datuk Redzuawan Ismail selaku penasihat dan ketua juri Pencarian Chef Selebriti 2 BH-Gas PETRONAS.
Sesiapa yang berminat boleh menghantar borang penyertaan berserta gambar bersama masakan, satu set senarai resipi merangkumi pembuka selera, hidangan utama dan pencuci mulut serta kepilkan 10 kepala akhbar BH dan satu penutup silinder Gas PETRONAS kepada Pencarian Selebriti 2 BH-Gas PETRONAS, PO Box 10250, Pejabat Pos Besar, 50708 Kuala Lumpur.
Borang penyertaan boleh didapati dalam akhbar BH yang disiarkan mulai 10 hingga 31 Oktober ini dan tarikh terakhir untuk menerima penyertaan adalah sebelum 5 November bagi melayakkan 10 peserta terbaik dipilih sebelum ke peringkat akhir.